PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU PERTAMA (1)
- ovary merembeskan hormone utk keperluan embrio (hormone utk penebalan dinding rahim untuk penempelan embrio)
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA (2)
- memulakan perjalanannya memasuki Tiub Fallopia
minggu kedua
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KETIGA (3)
-Setiap telur adalah perempuan (kromoson X). Suami anda pula menghasilkan sperma yang mempunyai kedua-dua kromoson X dan Y. Sperma X yang disenyawakan dengan telur memberi peluang untuk anda mendapat bayi perempuan. Jika sperma Y yang disenyawakan, itu bererti anda akan mendapat bayi lelaki
Minggu ke 3
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEEMPAT (4)
-Janin kini kelihatan seperti rongga yang penuh dengan ratusan sel. Saiz janin pada ketika ini seperti sebesar kepala pin.
Minggu ke 4
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELIMA (5)
-Janin kelihatan seperti buih yang kecil. Ini kerana kantung ketubannya masih tidak dapat dilihat.
- Tubuhnya bewarna kekalabuan dan lut cahaya. Diperingkat seawal ini, tubuh janin sudah mula terbentuk apabila sel bagi setiap jenis tisu besar, kulit,sistem saraf,tulang dan usus sudah berada di kedudukan masing-masing (peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulang-belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.)
Minggu ke 5
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEENAM (6)
-Janin pada waktu ini kelihatan seperti berudu, sistem saraf sudah terbentuk dan jantungnya sudah mula berdenyut. Janin mula cuba untuk melakukan pergerakan pertamanya. Memandangkan kantung ketuban janin sudah terbentuk sempurna, janin sudah boleh begerak di dalam kantungnya.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KETUJUH (7)
-Saiz janin hanya sebesar sebiji beras tetapi otaknya sedang berkembang pesat. Dalam sehari janin akan membesar pada purata 1 MM. Alis mata janin yang kecil mula terbentuk bagi melindungi matanya.
- perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu juga, sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah pinggang, pundi kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula terbentuk. Begitu juga mata, telinga dan mulut juga semakin sempurna.
- pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi ke situ bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELAPAN (8)
-Janin sebesar buah anggur. Jari tangan dan kaki janin masih berselaput. Tulang kecil janin sudah terbentuk sepenuhnya tetapi belum menjadi tulang. Sebaliknya ia hanyalah tulang rawan yang lembut
Dalam surah Al-Mu'minun,juz kelapan belas ayat 12, 13 & 14, Allah Ta'ala berfirman.
‘ Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah. (Pati yang berasal dari tanah, ialah pati makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang tumbuh di bumi).Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih (air mani), pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa ketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya (keadaannya yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta.’
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KESEMBILAN (9)
-Janin sudah membentuk wajahnya sendiri. Mata telinga dalam dan hidung sudah terbentuk. Janin sudah mula melakukan pergerakan. Bagaimanapun anda masih belum merasainya. Jika bayi anda lelaki, penisnya akan kelihatan, tetapi ia masih memerlukan imbasan yang teliti untuk benar-benar mengesahkannya.
- semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya. Kuku-kukunya pun mula tumbuh.
Dalam surah Al-'Imran, juz ketiga ayat 6, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud:
‘Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.’
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KESEPULUH (10)
-Panjang janin kira-kira 4.5cm. Janin kelihatan seperti udang kecil, buku lali dan pergerakan tangan sudah terbentuk dan janin boleh melakukan separuh gengaman. Janin sudah boleh menggerakkan lengan,kaki dan dadanya sebagai latihan bagi membolehkannya bernafas.
Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:
‘Secara marfuk Baginda s.a.w bersabda: Allah s.w.t mengutuskan Malaikat ke dalam rahim. Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Ia masih berupa air mani. Setelah beberapa ketika Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa darah beku. Begitu juga setelah berlalu empat puluh hari Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa seketul daging. Apabila Allah s.w.t membuat keputusan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Orang ini akan diciptakan lelaki atau perempuan? Celaka atau bahagia? Bagaimana rezekinya? Serta bagaimana pula ajalnya? Segala-galanya dicatit semasa dalam perut ibunya lagi.’
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KESEBELAS (11)
-Janin pada peringkat ini dikenali sebagai fetus. Saiz janin sebesar tiub gincu. Biarpun janin semakin aktif tetapi pergerakannya masih lemah-lembut.
n besar dan struktur tubuhnya sudah lengkap terbentuk. Janin sudah mula dipenuhi air ketuban iaitu dalam anggaran 44 ml.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUABELAS (12)
-Perkembangan janin pada masa ini ialah, kesemua orga
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEEMPAT BELAS (14)
-Perkembangan janin pada masa ini ialah janin mula belajar menghembus dan menarik nafas.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELIMA BELAS (15)
-Kulit janin kelihatan lutsinar. Jadi, apa sahaja yang melalui salur darahnya dapat dilihat dengan jelas biarpun kulitnya itu dilindungi rambut halus.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KENAM BELAS (16)
Minggu ke 16
Minggu ke 16 - 20
-Perkembangan janin dalam kandungan yang dapat dilihat, Kaki janin semakin panjang dan boleh menendang.ketika pemeriksaan antenatal dilakukan, anda boleh mendengar denyutan jantungnya. janin melakukan pergerakan pertama matanya dan turut memberi tindak balas kepada bunyi walaupun telinganya belum terbentuk sepenuhnya.
Dalam surah As-Sajdah, juz keduapuluh satu ayat 7, 8 & 9, Allah Ta'ala berfirman.
Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KETUJUH BELAS (17)
-Saiz janin pada masa ini sebesar avakado iaitu beratnya 170 g dan lemak mula menyaluti kulit bawahnya. janin boleh menghisap dan menelan . Matanya kini sudah diakhir pembentukan. Janin sudah berupaya mengerdipkan matanya.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELAPAN BELAS (18)
-Perkembangan janin dalam kandungan pada masa ini, berat janin adalah sekitar 225g.
-Janin mulai pandai membuat bunyi-bunyian. Janin juga akan menutupkan telinganya jika terdengar bunyi membingitkan.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KESEMBILAN BELAS (19)
-Kulit janin dilindungi dengan bahan melekit putih yang dikenali verniks daripada air ketuban. Janin mula berlatih menggerakkan tubuhnya seperti berguling dan melentik ke belakang. janin juga suka menggerakkan mata, menendang dan menumbuk.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH (20)
-Perkembangan janin dalam kandungan yang kita dapat lihat ialah jika bayi anda perempuan, rahimnya sudah terbentuk. Sistem saraf dan otaknya kini suda matang bagi membolehkan dia menggerakan otaknya.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH SATU (21)
-Perkembangan janin dalam kandunga yang kita dapat lihat, saiz janin sebesar buah pisang yang besar. Lemak berterusan berkumpul dan tulang-tulang serta otot-ototnya semakin hari semakin kuat. Perkembangan janin dalam kandungan pada masa ini agak perlahan tetapi jantungnya semakin kuat.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH DUA (22)
-Perkembangan janin dalam kanndunga pada masa ini kelihatan berkembang dengan sempurna. Tulang dalam bahagian telinga semakin keras, maka pendengarannya semakin jelas.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH TIGA (23)
-Tulang telinga janin pada masa ini sudah mengeras dan lanugo di kulitnya semakin menipis dan bewarna kegelapan. Apabila anda melakukan persetubuhan, bayi akan menyedarinya dan kadar denyutan jantungnya akan naik atau turun mendadak. Tetapi hal ini tidak memudaratkan janin.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH EMPAT (24)
-Perkembangan janin dalam kandungan, pada masa ini, ialah janin mulai bertindak balas dengan suara anda. Rangsangan baik untuk perkembangan otaknya.
Minggu ke 40